Alhamdulillah,Ramadhan di tahun 2023..syukur masih lagi sempat merasa...semoga amal ibadah kita semua diterima oleh Allah Taala.Dlm bulan Ramadhan banyak yg kita kejar..terpulang pada setiap individu samada kejar saham akhirat atau dunia semata mata...cuba untuk menjadi yg sempurna tp tk siapa mampu menjadi sempurna..tk salah kita mencuba...solat solat solat la walau dlm apa pon keadaan..solat tiang agama...cuba menjadi yg terbaik....sama² kita kejar pahala...jom solt terawih...
Friday, 7 April 2023
Monday, 6 April 2015
1 2 yg 3 coming soon..
alhamdulillah, terima kasih Ya Allah...
rezeki yg sgt bernilai...
nikmat Mu yg plg ku inginkan...amin...november ....1. 2.. 3 coming soon..........
rezeki yg sgt bernilai...
nikmat Mu yg plg ku inginkan...amin...november ....1. 2.. 3 coming soon..........
Monday, 24 November 2014
MENCARI KECANTIKAN ISTERI BUKAN ISTERI YANG MASIH CANTIK…
18NOV
”Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.
”Mengapa? Teruji sangatkah?”
”Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”
“Kau menjaga pandangan?”
“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”
”Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seaakan-akan menumpang keluhannya.
”Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”
”Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.
”Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”
Saya senyum. ’Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.
”Kau yang mesti mulakan dulu, insy-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.
”Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ’signal’ tu…”
”Amin.”
Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias. ”Apa guna, kita dah tua.” ”Alah, awak ni tumpu ibadat lah.” ”Dah tua buat cara tua.” Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.
Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik… (eh, seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.
”Tak berani poligami?”
Dia menggeleng kepala.
”Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.
”Ramai…”
Memang saya lihat pada usia awal 40’an dia tambah segak dan bergaya.
“Habis kenapa?”
Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.
“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia… Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”
” Kau sudah berterus terang dengannya?”
“Tentang apa tentang poligami?”
“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”
“Aku takut melukakannya.”
“Tak palah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.
Dia faham maksud saya.
”Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.
”Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”
”Lagi?”
”Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk… dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum. Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ’ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa… Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka – berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?.
”Kita para suamipun banyak juga salahnya,” kata saya.
”Kita tak berhias?”
”Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.
”Salah bagaimana?”
”Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”
”Dalam makna kata-kata kau tu…”
”Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri… Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”
”Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”
”Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”
”Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi… aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”
”Kasih ke kasihan?” saya menguji.
”Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”
”Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”
”Maksud kau?”
”Bila kita sedar kita telah tua… kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”
” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”
Saya diam.
”Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”
Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50’an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.
“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.
”Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”
”Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”
Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Di tahap begini tidak salah mengharap isteri yang masih cantik, tetapi yang lebih utama carilah di mana kecantikan isteri kita, yang selama ini telah puluhan tahun hidup senang dan susah bersama kita. Perjalanan kita semakin dekat ke alam akhirat. Sepatutnya, kita semakin menjadi pencari kecantikan yang sejati. Seperti imam Safie … pada usianya mencapai 40 tahun sudah memakai tongkat. Ketika ditanya mengapa? Dia menyatakan bahawa telah nekad untuk melajukan lagi langkahnyamenuju akhirat. Malangnya, pada usia-usia begini ramai suami yang mula juga mencari tongkat… sayangnya, bukan ’tongkat muhasabah diri’ tetapi tongkat Ali!
PETIKAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA DARIPADA COPY PASTE... http://genta-rasa.com/2014/11/18/mencari-kecantikan-isteri-bukan-isteri-yang-masih-cantik/
TQ....
Thursday, 13 November 2014
new hobby.........
semangat cari manik jahit baju......jahit kat tmpat sulam bunga lace...wat utk diri sendiri je la...tp syok puas ati...kne kreatif la sket....
skrg ni berjinak jinak cmni wat jahit manik kat baju....
so far best bila tension kita jahit manik...ilang tension...tak yah stress
fokus je,..jahit manik..lepas geram kat baju,,,
duk membara nak beli kain lagi cr lace...nak wt baju baru.........
kna belajar lagi ni skrg just jahit yg simple2 je la nak belajar lagi nak try wat yg super duper.......
bye yaaaaaa
REVIEW PRODUCT
ASSALAMUALAIKUM....
Lamanya jejari runcing ni tk menaip, huhuhu....kali ni nak review sket pasal produk penjagaan muka,...
maklum la dah masuk 3 series...penjagaan muka amat diambil berat...hahahaha...bukan utk cantik tp untuk bagi kulit kita sihat n nmpak energy...adakah?
sebb aku dah lama la jaga sgt muka ni...jaga punya jaga tp muka dok cm tu jgk,,,bukn frust tp kita sebagai org Islam ni kena kuat....kita kena usaha...
jenis aku nak buat apa pon kira semua benda baik la yea...tak mau wat naughty2@ yea....kena wat sungguh 2 waima sedang menaip ni pon aku bersungguh2x...tak kisah ada org baca ke tak tp aku nak puaskan hati aku je...ada aku kisah korang baca ke tak? ahahahahahahahha
waktu muda2 dulu aku pakai mcm2 produk la...last2 muka still je sama,...cantik jap je,...mcm perasan...tp kita kna pakai produk tu klu stop naik la jerawat manis2 tu kat muka....dah masuk 30 aku dah sgt letih nak pakai produk yg mcm tu........aku cari produk yang tak de bahan kimia....
aku try annie sue mmber syorkan...aku just pakai pencuci n toner je...alhamdulillah makin ok sebb die ada stemcell...kulit licin sket kurang jerawat,,,ada jugak naik time period....
dah makin ok aku search lagi product yg plg menambat ati ni FTE (Facial Treatment Essence)...produk plg mahal bg aku skii.....so far try sgt ok...muka jadi lembut sgt...makin ok..rata je pakai bedak,,,n tak minyak sgt muka....i like..skii the best...ada promo gaji ni nak bli ...set pitera je...huhhu...dah try pelembab skii jugak ....air ajaib la katakan pitera ni...senang pakai je yg ni...jimat2 la yea,,nt nak buh pitera dalam bekas spray..sembur je kat muka tak membazir leh jimat............bijak sket....
ok nt nak tgk muka jadi cmne...dah pakai 5 tahun br jadi muka cm korea kot hahahahaahahah..alhamdulillah kulit makin ok....syukur Ya Allah...

![]() |
| FTE (FACIAL TREATMENT ESSENCE) PITERA |
Tuesday, 2 September 2014
3rd anniversarry.......
i love u abg,,.wow.......arini 02/09/2014 genap ulang tahun perkahwinan kami...dikurniakan 2 baby comel firas n faris...alhamdulillah...my life is okay..cadang nak tambah baby lagi ni..heheheh ada hati tahun dpan lak...coming soon my baby....
saya sgt syang suami saya...saat melafazkan akad nikah pada 02/09/2011..............kini pejam celik pejam celik dah 3 tahun....syukur semoga kasih sayang ini dirahmati dan berpanjangan till jannah....
hadiah untuk diri sendiri 2 buah buku...islamic version...hadiah untuk kami sekeluarga en suami nak belanja makan tonight celebrate katanya....insyaallah if tiada aral...tak kisah sgt tp nak cake please...sy sgt suka cake.....
hari ni rushing bgun dah lewat kol 6 pagi...sepatutnya 6 pagi dah gerak...tp alhamdulillah dipermudahkan semua ...drive dengan laju n sempat punch card 7.23 pagi.......semua dipermudahkan Allah...dengan izinnya.......ulang alik kedah ke kangar....so far okay but sometime i feel very tired......tp setiap tu ada hikmahnya,....ummi dah rindu anak2 ummi....firas n faris........
hidup ini indah bila kita positif.............hati tenang bila ingat Allah.......
alhamdullillah im so happy now with my life..........i love u abg....
p/s gambar adik faris je tak de dlm ni sbb ambik je dlm pc opis..nt ummi upload entri adik faris pulak....

Wednesday, 27 August 2014
hobi baru jahit manik
assalamualaikum
sekarang ada hobi baru..jahit manik..first time try..best rupanya..memula try jahit kat shawl..nmpak cun..
skrg try jahit kat baju..maklum la baju skrg dah ada lace,..kelas kau..hahahahah
alhamdulillah try gak jahit bila anak dah tido...baru siap kat bahagian bawah...yang bahagian tangan belum lagi...tak sabarnya nak g cari manik..
baju baru atar tailor semalam...i am very excited when the baju kurung is ready to wear..hahaha...setakat la ni baru 3 pasang hantar tailor...skrg dok hunting kain pasang kat kedai...nk buat baju, saje nak tukar stail lak,,
bosan pakai baju sedia ada..kunun2 macm kaya sgt....
hahahahaha
alhamdulillah berkat keje dapat gaji...bli je la hadiah untuk diri sendiri..ye dak?
ikut pilihan hati tepuk dada tnya selera..........
owh saya sgt excited nak jahit manik..................

Tuesday, 26 August 2014
Buh balik....
ni perangai baru firas...kalau nak lap hingus die, mesti tak bagi...ayat die..ummi buh balik...jgn lap....maksudnya kita tak leh sentuh hingus die...eeeiii geli la abg firas ni...macam macam perangai...sudahnya ayat husband takpa takpe abah buh balik hingus abg firas..(maksudnya kita lap je asal kita sebut buh balik)..hehehe lawak kan...
sampai pegang rambut die pon tak bagi, barang mainan jgn harap adik nak kongsi, beli kat adik jadi hak die..beli kat die cnfirm2 jadi hak milik kekal..sapa pon tak leh sentuh...sapa sentuh...kena la ngan die...sgt garang..suka tolak orang heheheheh...die sgt manja..klu dukung adik mesti wajib dukung firas jugak...sudahnya lenguh la badan dukung dua beradik ni,............
selalu nak kol wat 3g...tp segan nak cakap peel baru die....handset ummi ngan abah jadi hak die...nak main POWWWW........sapa tak leh kacau....kalau tak henset tu dibaling nya...macm2 karenah anak ummi,,,
satu lagi kalu azan cepat2 suh kita ni g sembahyang....."Ummi p sembahyang azan dah" anak suruh ummi g solat...hehehhe...
ummi sayang firas and faris sgt2.....
last but not least susu ibu anugerah yang amat bernilai...........saya sokong penyusuan susu ibu 100%"
mengandung satu keistimewaan anak satu anugerah.........
ALLAH HUAKBAR...........................takbir

Friday, 22 August 2014
Anak anak ummi...........
assalam........
hari ni jumaat...22/08/2014..hari berkabung rakyat Malaysia....Semoga semuanya berjalan lancar.amin...
harini bnyak nk cerita.....entah something yang rasa nk share...mengandung satu keistimewaan..anak satu anugerah yang tak ternilai...di sini niat nak besarkan anak2 bagi jadi anak yang soleh...nak anak kenal Dosa Pahala...nak anak jadi baik kita pon ne baik, contoh terbaik untuk anak ialah mendapat ibu dan bapa yang mempunyai akhlak yang terbaik dalam semua aspek..
saya sebagai seorang ummi kepada anak-anak..saya cuba memberi dan menerima apa yang terbaik untuk mereka...sanggup berkorban dan berusaha memberi keselesaan kepada mereka...

Wednesday, 13 August 2014
year 2014..my birthday
alhamdulillah...dah lama tak update blog.......5/8/2014 dah berlalu..genap la umur 30yrs old...dah ada 2 org cahaya mata...dah berempat dah kami sekeluarga, rasa macm baru kawen je...hehehee...birthday tk de sambut apa2 pon...masih lagi keje tempat lama, kebetulan hari birthday duk exam online SPA...anak lak demam aritu...sy rasa sgt sibuk hari tu...pagi exam...tgh ari g ambik stok tudung nak jual..terus balik solat n p ambik ubat anak....my husband bg hadiah tahun ni...suka sgt2..thanks dapat la levis hehehehe...sgt2 bersyukur............thanks abg
Wednesday, 11 December 2013
my little boy..........
alhamdulilah arini dah pantang 11 ari dah..selamat melahirkan seorang umat nabi Muhammad pada 01/12/2013 pada pukul 10.30 mlm....syukur ke hadrat Ilahi dipermudahkan semua......
nak cite sket pengalaman time sakit anak kedua aritu....sehari sebelum tok wan sebelah suami meninggal dunia pada 30/11/2013 al-fatihah...pada malam nya aku dah rasa sakit sikit2 nak tidoq pon tak bpe lena..nk kejut en suami sian pulak tambah ngan selsema tgk letih semacm je...so aku biarkan je tunggu esok je...doa sgt2 jgn menyusahkan org....malam tu baru la aku nak kemas brg2 nak ke hospital...sebelum ni wat rileks je...mlm tu dah kol 4 pagi dok kalut cari baju baby, kain napkin, kain baju aku...kalut la bila kita wat keje last minit..so kalau bole jgn amalkan cmni...
k keesokan harinya...p check up mcm biasa kat klinik permatang buluh....sakit tu mmg dah rasa tp tahn je la..........
pas balik dari klinik rasa sakit makin menjadi tp tak kerap...kejap2 je...pastu ilang........risau la jgk tp tanda just lendir n darah je...dah dekat dah ni..tp tanda 2 awal je...dah semua suh p spital gagahkan jugak p spital..aku takut nt time nak check laluan sakit...........kalau leh p nak beranak terus.........p hospital ngan en suami je..sebelum tu singgah makan kenyang2...dah sampai spital masuk wad bersalin...tggu turn...check laluan dah 3 cm...so tggu DR samada admit ward atau tak....contraction mcm kurang je..pelik la..bila DR nak check tak sakit time DR tak dak sakit la pulak....at last admit ward kol 3 ptg...pada 01/12/2013...masuk wad , mandi , tukar baju warna pink lagi hehhee..baju seragam la kat spital bersalin...pastu en suami balik..ptg dtg lagi ngan anak, ngan mak mertua n sepupu...rindu sgt kat firas.........dah rasa sakit tp tak bersungguh2...en suami bawak bihun goreng, roti gardenia jagung...tp makan je la sbb selera dah tak de makan tak rasa apa dah ptg tu.......dah kenyang tp makan tak abis pon...lepas tu dah rasa nak g tandas so maksudnya nak membuang la...bila dah masuk tandas 2 kali dah buang air besar.............so maksudnya dah dekat la masa sy tu...time anak sulung aritu mcm ni la....bila malam sakit makin kerap..........
tepat 8.30 mlm nurse panggil sbb DR nak check laluan..........dah rasa sakit sebenarnya ni makin kerap..awesome dah 5cm...so how surprise...kene masuk dah labor room its time.....kene tggu lak labor room kosong...bgtaw dah en suami....so tggu turn je ni........9.30 mlm tolak masuk labor room........sebelum tu aku makn siap2 kurma nabi,minyak selusuh,air bunga fatimah minum semua sekali....
masuk labor room check lagi laluan , buang air kencing, pecah air ketuban, check jantung anak...9.40 dah rasa sakit sbb baby berusaha bergerak n mengeras nak kuar.xlama pastu rasa nak buang je...rupanya dah nampak kepala baby.....akhirnya selamat la aku melahirkan anak kol 10.30mlm...lega.........mcm biasa jahit...buang uri n tali pusat, buang darah beku, siap semua kol 12.......tolak masuk wad...jumpa en suami azankan anak .............pastu en suami balik....tggu esok nak jumpa en suami.........aku letih sgt.....time to sleeping....
nak cite sket pengalaman time sakit anak kedua aritu....sehari sebelum tok wan sebelah suami meninggal dunia pada 30/11/2013 al-fatihah...pada malam nya aku dah rasa sakit sikit2 nak tidoq pon tak bpe lena..nk kejut en suami sian pulak tambah ngan selsema tgk letih semacm je...so aku biarkan je tunggu esok je...doa sgt2 jgn menyusahkan org....malam tu baru la aku nak kemas brg2 nak ke hospital...sebelum ni wat rileks je...mlm tu dah kol 4 pagi dok kalut cari baju baby, kain napkin, kain baju aku...kalut la bila kita wat keje last minit..so kalau bole jgn amalkan cmni...
k keesokan harinya...p check up mcm biasa kat klinik permatang buluh....sakit tu mmg dah rasa tp tahn je la..........
pas balik dari klinik rasa sakit makin menjadi tp tak kerap...kejap2 je...pastu ilang........risau la jgk tp tanda just lendir n darah je...dah dekat dah ni..tp tanda 2 awal je...dah semua suh p spital gagahkan jugak p spital..aku takut nt time nak check laluan sakit...........kalau leh p nak beranak terus.........p hospital ngan en suami je..sebelum tu singgah makan kenyang2...dah sampai spital masuk wad bersalin...tggu turn...check laluan dah 3 cm...so tggu DR samada admit ward atau tak....contraction mcm kurang je..pelik la..bila DR nak check tak sakit time DR tak dak sakit la pulak....at last admit ward kol 3 ptg...pada 01/12/2013...masuk wad , mandi , tukar baju warna pink lagi hehhee..baju seragam la kat spital bersalin...pastu en suami balik..ptg dtg lagi ngan anak, ngan mak mertua n sepupu...rindu sgt kat firas.........dah rasa sakit tp tak bersungguh2...en suami bawak bihun goreng, roti gardenia jagung...tp makan je la sbb selera dah tak de makan tak rasa apa dah ptg tu.......dah kenyang tp makan tak abis pon...lepas tu dah rasa nak g tandas so maksudnya nak membuang la...bila dah masuk tandas 2 kali dah buang air besar.............so maksudnya dah dekat la masa sy tu...time anak sulung aritu mcm ni la....bila malam sakit makin kerap..........
tepat 8.30 mlm nurse panggil sbb DR nak check laluan..........dah rasa sakit sebenarnya ni makin kerap..awesome dah 5cm...so how surprise...kene masuk dah labor room its time.....kene tggu lak labor room kosong...bgtaw dah en suami....so tggu turn je ni........9.30 mlm tolak masuk labor room........sebelum tu aku makn siap2 kurma nabi,minyak selusuh,air bunga fatimah minum semua sekali....
![]() |
| my little boy |
Thursday, 21 November 2013
jantina
boy or girl...bila mengandung jantina baby msti kita excited nak tahu.......sebenarnya best bila surprise tp sebbkan nafsu yg ingin tahu sgt ni membuak2 membuatkan kita tak sabar nak p scan...scan2 dah dpat result lega..leh beli baju warna ikut jantina yg kita kandung..tp betul ke 100% scan tu?semua kan kuasa Allah..entah la..aku dah double check lagi ..so i terima dengan senang hati.......nama pon tak pilih lagi........tgk bentuk perut ramai teka boy.......so may be dapat boy lagi.....alhamdulilah baby ummie sihat.......ummie sayang baby ummie taw..tak sabar nak tgk adik....Abg Firas pon sama nt dapt la kawan ...kali ni pregnant perut kecil sket dari seblum ni..its normal kan?yg penting check semua baby pon ok..tu plg penting...........lagi beberpa ari je lagi nak tgk anak ummi ni...mmg tak rasa lagi tanda2..tp naluri hati ku mgkin la betul kot........sabar je la menanti...
mcmana la saat nak melahirkan nt?heheheh wat mcm first time je...walaupon ni second time tp pengalaman berbeza..........rasa takut itu ada hehhehehe..Semoga dipermudahkan segalanya...Andai apa pun yg berlaku ummi doa sangat2 anak ummie selamat dunia akhirat..........Amin...hati sayu teringat kat arwah mak...........kalau la mak masih ada.................
mcm2 la bila check kat tenet nk teka jantina anak..kalendar kuno cina le..boleh percaya ke?entah la due sepatutnya 26/11/2013 ni tp dah dktor scan bg tarikh baru..kita accept je la..apa2 pon semoga nt dipermudahkan semua dan harap sgt selamat segalanya.........amin ya robalalamin................
hingga hari ni............
As Salam...
hidup rasa indah sgt..
rasa bertenaga untuk memulakan ari, hahahah..iklan jap........
rasa bahagia bila disayangi...rasa takut kehilangan..terima kasih Ya Allah hadiahkan kegembiraan dalam idupku........
skrg tggu time nak deliver baby je...still keje lagi......sampai ari ni............arini dah genap 37 minggu 2 hari...dah cukup 38 minggu baru nak mula bercuti...so lagi 2 mggu to go to deliver my baby...10/12/2013...kalau ikut tarikh cun 11/12/13......tp apa ada pada nombor..dah sampai masa die tak kira apa la...semoga dipermudahkan semua.......sehingga arini dok berulang alik dari kedah ke Perlis........mcm tak percaya setahun dah berlalu......................alhamdulilah..........
tak sabar nak tgk anak ummi..nt kena berpantang lagi..........huhhhu....pantang semua la..........nak slim balik nak jaga anak elok2 nak rehat puas-puas.............tak nak tension2..nak happy2 je ngan jantung hati ummi........
skrg dah kene p check up klinik tiap2 mggu plg takut nak timbang berat badan,......malu ...........
arap la cepat2 kurus pas ni.......amin..........
semoga anak ummi selamat dilahirkan ke dunia ini....amin

SETAkat ini
alhamdulillah sehingga ke hari ini...kandunganku dah cukup 9 bulan lebih..tggu masa je ni..due 10/12/2013 ni..arini rasa penat sket..rasa asyik nak ke toilet je...
setakat ni hidup aku alhamdulilah aku bahagia.......ada en suami ada anak n bakal menimang lagi seorang cahaya mata.......rindu sgt kat anak ummi dalam perut ni..........
SETAKAT NI idup so far so good bila kita bersyukur kita akan rasa kenikmatan idup ni..paling berharga bagi aku adalah anugerah kesihatan yg sihat.........
semua berjalan lancar tahun ni..dpat rezeki anak...rezeki menggenggam segulung ijazah..."mak impian mak dah tercapai" alhamdulilah................walaupun mak jauh dari aku..........al fatihah.......
yg belum tercapai nak duduk umah sendiri...............insyaallah masa tu akan tiba..........

Monday, 21 October 2013
‘KITA adalah apa yang kita pakai'
Assalam...ada baca dalam paper kOSMO petikan sekilas arini 21/10/2013 merujuk kepada isu "Kita adalah apa yang kita pakai' nampk menarik kan tajuk ni...hal ni berlaku apabila kita mengenakan sesuatu pada badan kita lebih senang apa yg kita pakai dah boleh mencerminkan seseorang itu...entah betul tak ayat...goreng je la...ermm sebenarnya ada benarnya pepatah ni Kita adalah apa yg kita pakai...seindah hiasan wanita di dunia ialah wanita yg solehah yang menutup aurat sepenuhnya..bukan sekadar tudung di kepala tp jarang pada bajunya...menutup aurat sgt wajib dan dituntut dalam Islam..sbenarnya tak susah nak menutup aurat cuma kita sebagai manusia ni kadang2 alpa dengan tindakan kita....bila kita dah ttup aurat kita akan rasa sgt lega im feel very happy...tu sy rasa la...memg cantik tgk artis kat tv yg jadi pelakon, penyanyi yg belum terbuka hati mereka utk menutup aurat...sayng sgt2 bila kecantikan sebegitu yg dianugerah Allah dibiar terdedah.........amat rugi...nt bila dah tak ada peluang lagi mesti kita meronta ingin menutup aurat tp masa tu dah terlambat..walhal dulu kenapa kita abaikan tanggungjawab ini...tak kuno kalau kita menutup aurat malah nampak lagi manis dan sopan.............cantik itu subjektif...oleh itu sama2 la kita bersama2 menutup aurat....Hidup ku Matiku hanya untuk Mu Ya Allah..ampunkan dosa2 ku yg lalu dan masa akan datang..aku insan yg lemah..semoga coretan ringkas ini dpt membantu aku memperbaiki diriku menjadi lebih baik..aminn...insyaallah............Allah hu Akbar.......................kecantikan itu subjektif....terpulang kepada mata yg memandang.........
Tuesday, 1 October 2013
kisah...
tak sabar menunggu saat melahirkan....alhamdulilah sekarang dah masuk 30 weeks..tinggal lagi 10 weeks to go..ikut perkiraan Dr la kan 10/12/2013 ni deliver baby...ikut tarikh kiraan aku 26/11/2013 ni..so tggu dan lihat je la...insyaallah semua akan dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya Amin....niat ati nak scan sgt2 la 3d/4d...last2 frust je dok kedah mana ada sgt tmpat nak scan..ada certain2 je tempat leh scan...so decide tak payah scan...berdoa tawakal je la anak sihat, cergas dan sempurna sifatnya..alasan klinik desa yg selalu aku check up kami tak leh nak scan selalu sebb tgk keadaan ibu n baby tak de problem so kami decide tak payh scan...dah kata cm tu apa la nak kata...diam je la aku...aku pon pelik...sebb dulu check up semua kat putrajaya time anak sulung ada la jugak scan 2, 3 kali...at least kita tahu keadaan anak kita cmner, keaadaan uri , tali pusat..kedudukan bayi alhamdulilah selamat...
sedih la jgak service di sini...semoga semua berada dalam keadaan selamat...aku sudah tidak bersemangat nak scan lagi...tp doaku semoga anak ku dipelihara oleh nya...amin ya robbal alamin..
sedih la jgak service di sini...semoga semua berada dalam keadaan selamat...aku sudah tidak bersemangat nak scan lagi...tp doaku semoga anak ku dipelihara oleh nya...amin ya robbal alamin..
Friday, 6 September 2013
novel pilihan
novel yg terkini dah ada dalam koleksi sekrg ni..
- Suami ku ustaz
- Sebenarnya saya isteri dia
- kampung girl
- be my wife
- hello mr perfect
- biarkan Ym terus berbicara
Monday, 2 September 2013
happy AnniversarrY
hari ni 02/09/2013 genap la dua tahun usia perkahwinan kami.alhamdulilah ku bersyukur kerana Allah melimpahkan kebahagiaan dalam rumah tangga kami.amin..semoga berkekalan hingga ke syurga..
indahnya alam perkahwinan ni...hehehe..anak dah nak masuk dua...baby dalam perut dah 6 bulan lebih.....huhuhuhu...semoga baby dalam perut ummi sihat yea.....sayang sgt2 anak ummi...dok tendang2 dalam perut ni...
semalam en suami yg ingatkan tentang anniversarry ni...suka sgt dengar...hehehhe....dok tgh iron baju time tu...sayang sgt2 kat abg...lagi sayang kat anak ummi .ammar firas......mcm2 perangai dah sekarang...manja sgt...
semoga kebahagiaan ini berkekalan amin..............Happy Anniversarry Abg...........sweet 2 years.......

Friday, 30 August 2013
sometime
assalamualaikum...bestnyaa pagi2 td ada baca satu blog die semangat wat surprise birthday utk husband die..seumur hidup rasa tak penah lagi la sambut birthday ni...bestkan org ingat kita org wat surprise kat kita..hehee...sometime surprise ni syok...
entah la ari apa pun selalu pempuan je ingat..lelaki ni jarang sket nak ingat tarikh2..so sekadar ucapan pon dah cukup..tu hanya kat bibir je la..tp dalam ati ni kan best lau dapat hadiah, wat candle light dinner...hehhee...tak merasa la kot...lain org lain cara dia nak menghargai pasangan..yg penting kasih sayang...kepercayaan dan kejujuran yg amat penting dalam hubungan...
arini tetiba je rasa nak menaip cmni....hati jadi sayu ingat arwah mak..........

Thursday, 22 August 2013
scan 4d
semalam sebb kebosanan di ofis maklumla keje dah siap awal dari due date, lagipun member2 rapat kene g kawad untuk hari merdeka..so apalagi saya terus la terpikir nak mintak izin en suami nak try p scan 4d utk second baby...excited la sebb anak firstkan tak penah scan 4d..so for my secong baby try la p scan 4d...nak tumpang member scan sekali sebenarnya...member dah masuk 8 bulan...so p la scan dekat Remedic di Perlis....
lama la jugak menunggu turn...sbb first time dtg kena daftar dulu...mmg agak lama jugak menanti....akhirnya dalam 40 minit baru dipanggil...mula2 member masuk pastu my turn....berdebar la....masuk, mcm biasa la baring ..so turn doktor nak mengscan...teruja sgt memula wat 3d pastu baru wat 4d...best sgt tgk baby bergerak2 dalam perut..skrg baru masuk 6 bulan...alhamdulilah semua sihat..tp die malu taknak tunjuk muka..puas dktor gerak2 tunjuk sket je...takpe la nt ummi tggu je syg ummi ni kuar yea...tak lama dah ....tk sabar sgt nak tgk anak ummi..semoga anak ummi sihat walafiat dan dipelihara oleh Allah sentiasa..Ummi sayang anak UMMi sgt2...
terlupa nak cite kebetulan pas scan dah bayr semua rm50..n dktor bagi printed gmbar baby..tak sabar nak tunjuk kat encik suami....dalam keterujaan itu rupanya terkena saman la pulak oleh Majlis perbandaran kangar...silap aku jgak lupa nak letak kupon ...tak pe la dah bukan rezeki aku aritu..terus la g bayr saman kat sana melayang rm10...sbb kena terus bayr..lau lambat2 msti amaun lagi meningkat...yg penting settle...apa pun jadi aku bersyukur pada Allah sebb mengurniakan kebahagiaan dalam rumahtangga kami...aminn semoga kebhagiaan ini berkekalan hingga ke syurga...................

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)