Our AnniVerSary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 24 November 2014

MENCARI KECANTIKAN ISTERI BUKAN ISTERI YANG MASIH CANTIK…


18NOV
64557_427581307328153_1730802048_n”Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?”  keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
”Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.
”Mengapa? Teruji sangatkah?”
”Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”
“Kau menjaga pandangan?”
“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”
”Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seaakan-akan menumpang keluhannya.

”Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”
”Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.
”Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”
Saya senyum. ’Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.

”Kau yang mesti mulakan dulu, insy-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.
”Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ’signal’ tu…”
”Amin.”
Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias. ”Apa guna, kita dah tua.” ”Alah, awak ni tumpu ibadat lah.” ”Dah tua buat cara tua.” Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.

Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik… (eh, seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.
”Tak berani poligami?”
Dia menggeleng kepala.
”Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.
”Ramai…”
Memang saya lihat pada usia awal 40’an dia tambah segak dan bergaya.
“Habis kenapa?”
Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.

“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia… Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”
” Kau sudah berterus terang dengannya?”
“Tentang apa tentang poligami?”
“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”
“Aku takut melukakannya.”
“Tak palah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.
Dia faham maksud saya.
”Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.

”Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”
”Lagi?”
”Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk… dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum. Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ’ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa… Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka – berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?.
”Kita para suamipun banyak juga salahnya,” kata saya.
”Kita tak berhias?”
”Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.
”Salah bagaimana?”
”Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”
”Dalam makna kata-kata kau tu…”
”Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri… Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”
”Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”

”Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”
”Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi… aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”
”Kasih ke kasihan?” saya menguji.
”Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”
”Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”
”Maksud kau?”
”Bila kita sedar kita telah tua… kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”
” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”
Saya diam.
”Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”
Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50’an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.
“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.
”Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”
”Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”
Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Di tahap begini tidak salah mengharap isteri yang masih cantik, tetapi yang lebih utama carilah di mana kecantikan isteri kita, yang selama ini telah puluhan tahun hidup senang dan susah bersama kita. Perjalanan kita semakin dekat ke alam akhirat. Sepatutnya, kita semakin menjadi pencari kecantikan yang sejati.  Seperti imam Safie … pada usianya mencapai 40 tahun sudah memakai tongkat. Ketika ditanya mengapa? Dia menyatakan bahawa telah nekad untuk melajukan lagi langkahnyamenuju akhirat. Malangnya, pada usia-usia begini ramai suami yang mula juga mencari tongkat… sayangnya, bukan ’tongkat muhasabah diri’ tetapi tongkat Ali!
 PETIKAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA DARIPADA COPY PASTE... http://genta-rasa.com/2014/11/18/mencari-kecantikan-isteri-bukan-isteri-yang-masih-cantik/

TQ....

Thursday 13 November 2014

sendiri

pernah termenung sendiri, pernah terfikir sampai bila aku nak jadi mcm ni?
........................................................................................................................................................................................................................................................................................................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..............tiada jawapan....hanya Allah yg maha mengetahui masa depan kita...kadang termenung terfikir tp tiada jawapan...aku hilang..aku confius..aku masih mencari sinar cahaya kehidupan...aku meraba dalam terang tp tak nampak lgi..sampai bila..sampai bila...berikan aku petunjuk,...jawapan...aku ingin disisi................

tersentuh hati

sy nak ...sy nak sendiri...sy ada citarasa saya...sy nak rileks..........semua sy nak

sy nak tukar tmpat keje..sy dah bosan keje cmni,,,,,,,tp tk de rezeki lagi...

semua ni Allah tk bagi lagi sebb ada hikmahnya,,yg penting sabar, usaha doa dan tawakal...

semua ni ada sebb kan..tak semestinya apa yg kita nak adalah yg terbaik..Allah bagi sebb kita mampu harungi..sabar tu ubat die...solat tu kunci segala kebahagiaan....sy sgt bersyukur dikurniakan dua putera yg sgt comel...seorang suami yg cukup lengkap buat saya..die lah pelengkap hidup sya..teman sya bergaduh,,teman sy bila saya merajuk...tempat sy kongsi masalah,,tempat sy minta duit hahahaha,..teman shopping...teman saya makan...jaga saya bila sakit...alhamdulillah kami sihat kami bahagia..nikmat yang tak ternilai yang Allah bagi....

tgk kawan dapat naik pangkat dapat apa die nak...bukan cemburu tp tmpang gembira sebb sy beruntung walau masih keje yg sama tp sy ada suami ada anak yg syg diri kita............alhamdulillah..rezeki masing2...Allah tu adil..........

new hobby.........

semangat cari manik jahit baju......jahit kat tmpat sulam bunga lace...wat utk diri sendiri je la...tp syok puas ati...kne kreatif la sket....

skrg ni berjinak jinak cmni wat jahit manik kat baju....

so far best bila tension kita jahit manik...ilang tension...tak yah stress

fokus je,..jahit manik..lepas geram kat baju,,,

duk membara nak beli kain lagi cr lace...nak wt baju baru.........

kna belajar lagi ni skrg just jahit yg simple2 je la nak belajar lagi nak try wat yg super duper.......

bye yaaaaaa

REVIEW PRODUCT

ASSALAMUALAIKUM....

Lamanya jejari runcing ni tk menaip, huhuhu....kali ni nak review sket pasal produk penjagaan muka,...
maklum la dah masuk 3 series...penjagaan muka amat diambil berat...hahahaha...bukan utk cantik tp untuk bagi kulit kita sihat n nmpak energy...adakah?
sebb aku dah lama la jaga sgt muka ni...jaga punya jaga tp muka dok cm tu jgk,,,bukn frust tp kita sebagai org Islam ni kena kuat....kita kena usaha...

jenis aku nak buat apa pon kira semua benda baik la yea...tak mau wat naughty2@ yea....kena wat sungguh 2 waima sedang menaip ni pon aku bersungguh2x...tak kisah ada org baca ke tak tp aku nak puaskan hati aku je...ada aku kisah korang baca ke tak? ahahahahahahahha

waktu muda2 dulu aku pakai mcm2 produk la...last2 muka still je sama,...cantik jap je,...mcm perasan...tp kita kna pakai produk tu klu stop naik la jerawat manis2 tu kat muka....dah masuk 30 aku dah sgt letih nak pakai produk yg mcm tu........aku cari produk yang tak de bahan kimia....
aku try annie sue mmber syorkan...aku just pakai pencuci n toner je...alhamdulillah makin ok sebb die ada stemcell...kulit licin sket kurang jerawat,,,ada jugak naik time period....

dah makin ok aku search lagi product yg plg menambat ati ni FTE  (Facial Treatment Essence)...produk plg mahal bg aku skii.....so far try sgt ok...muka jadi lembut sgt...makin ok..rata je pakai bedak,,,n tak minyak sgt muka....i like..skii the best...ada promo gaji ni nak bli ...set pitera je...huhhu...dah try pelembab skii jugak ....air ajaib la katakan pitera ni...senang pakai je yg ni...jimat2 la yea,,nt nak buh pitera dalam bekas spray..sembur je kat muka tak membazir leh jimat............bijak sket....

ok nt nak tgk muka jadi cmne...dah pakai 5 tahun br jadi muka cm korea kot hahahahaahahah..alhamdulillah kulit makin ok....syukur Ya Allah...
FTE (FACIAL TREATMENT ESSENCE) PITERA

FoLLoW me